Friday 24 February 2012

SEJARAH AWAL PENUBUHAN JABATAN KASTAM

Sejarah Awal Pentadbiran Cukai

Sistem pentadbiran cukai sebenarnya telah wujud dinegara ini sejak zaman sebelum kedatangan penjajh barat lagi,iaitu pada zaman kerajaan Melaka dan Kerajaan Johor-Riau.

Pada zaman kerajaan Melayu Melaka telah wujud peraturan-peraturan laut dan pelabuhan serta hal-hal yang berhubung dengan struktur percukaian yang melibatkan saudagar-saudagar asing dan tempatan.Pada masa itu pemungut cukai dan segala yang berhubung dengan cukai adalah dibawah tanggungjawab Penghulu Bendahari yang bertugas.

Jawatan yang bertanggungjawab untuk memungut cukai ialah Shahbandar.Mereka merupakan golongan yang menguatkuasakan peraturan dan undang-undang pelabuhan melalui kuasa yang telah diberikan oleh Raja.







Pembentukan Jabatan Kastam Dan Eksais Persekutuan Tanah Melayu


Dengan tertubuhnya persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948,maka terbentuklah sebuah Jabatan Kastam dan Eksais bagi Seluruh semenanjung Tanah Melayu.Kawasan utama kastam pada masa itu adalah seluruh semenanjung Tanah Melayu kecuali Pulau Pinang.

Ekoran daripada pembentukan Kesatuan Kastam bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1948,maka keperluan untuk meningkatkan prestasi kakitangan jabatan bagi memenuhi keperluan negara yang akan menuju kearah kemerdekaan adalah amat mendesak.Dengan itu pada tahun 1956 sebuah pusat latihan ditubuhkan di Bukit Baru ,Melaka.Pusat yang dikenali sebagai pusat Latihan Kastam Persekutuan ini pada mulanya hanya mampu menampung seramai 40 pelatih pada satu-satu masa.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957,sekali lagi struktur pentadbiran Jabatan Kastam telah disusun semula untuk memenuhi keperluan Tanah Melayu yang merdeka.Pentadbiran Jabatan Kastam diletakkan dibawah Kementerian Kewangan yang diketuai oleh seorang Pengawal Kastam yang bertanggungjawab kepada Kementerian Kewangan.

Jabatan juga daripada segi kawasan telah dibahagikan kepada tiga wilayah,berdasarkan kepada tiga pusat perdagangan yang utama.Bagi wilayah Utara pengkalannnya adalah di Pulau Pinang dan meliputi kawasan Kedah,Perlis,Perak.bagi wilayah tengah pula,pengkalannya adalah di Kuala Lumpur dan kawasannya meliputi Terengganu,Kelantan dan Negeri Sembilan.Akhir sekali ialah Wilayah Selatan yang meliputi Kawasan Johor,Pahang,Melaka dan stesen Kastam Singapura.Tiap-tiap wilayah diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengawal Kastam.





Perkembangan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia

Pada hari selasa,29hb Oktober 1963 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman,Jalan Ampang,Kuala Lumpur,Jabatan Kastam telah dianugerahkan gelaran diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Ini adalah sebagai satu penghormatan kerajaan diatas sumbangan Jabatan terhadap negara.Ia merupakan antara detik paling penting dalam sejarah perkembangan Jabatan Kastam dan eksais Diraja Malaysia.

Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dan Singapura kedalam Persekutuan Malaysia pada 16hb September 1963,maka sekali lagi struktur pentadbiran Jabatan kastam disusun semula untuk membolehkan keseragaman dilakukan.

Pada tahun1964 juga telah menyaksikan semua pegawai kastam yang berkhidmat adalah anak tempatan apabila dua orang pegawai inggeris yang terakhir menamatkan tempoh perkhidmatan mereka.

Walaupun Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak terkandung dalam persekutuan Malaysia,namun masing-masing masih bergerak dibawah ordinan masing-masing dan perintah duti yang berasingan.Ini telah memberi kesan kepada pergerakan barangan diantara sebuah wilayah ke wilayah yang lain.Pergerakan barang tidak dapat dialksanakan dengan mudah disebabkan oleh perbezaan tersebut.Ekoran daripada itu,maka ketiga-tiga pengawal telah bertemu pada pertangahan tahun 1967.

Pada tahun 1987 pula telah diistiharkan perpisah Langkawi daripada kawasan utama Kastam dan menjadikannya sebuah pelabuhan bebas yang kedua di Malaysia selepas Labuan.PenganugerahanTaraf pelabuhan bebas kepada Langkawi mulai 1 januari 1987 adalah bertujuan untuk menggalakkan industri pelancungan di Langkawi dan dengan itu dapat meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk setempat.

Pada tahun 1989 pula maktab telah diperbesarkan dan lebih dikenali sebagai Akademi Kastam Diraja Malaysia atau ringkasnya AKMAL dan bermula pada 1 januari 1990 tercatat satu lagi sejarah perkastaman negara iaitu negeri Perlis diwujudkan sebagai satu pentadbiran Kastam yang baru,sebelum tarikh itu Kastam Perlis diletakkan dibawah pentadbiran Kastam Negeri Kedah dan beribupejabat di Alor Setar Kedah.

Pada tahun 1995,aktiviti-aktivi di Jabatan Kastam disusun dan berpusat di ibupejabat:-


  1. Aktiviti kastam,cukai dalaman dan perkhidmatan teknik diletakkan dibawah program pelaksanaan
  2. Aktiviti pencegahan-dibawah program pencegahan.
  3. Aktiviti pengurusan personal dan pentadbiran,pengurusan kewangan dan perolehan,sitem maklumat pengurusan dan perakaunan hasil dibawah program pengurusan
  4. Aktiviti perancangan korporat dan AKMAL dibawah program perancangan dan pembangunan korporat.




2 comments:

  1. jika bole saya tahu . bilakah tarikh penubuhan kastam di sandakan,sabah . kerana sya ingin memasukkan maklumat ini pada kerja kursus stpm sya .sya harap tuan dapat membantu sya .terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai siti nurashida.
      Boleh kamu email saya??
      asmidahisdal@gmail.com
      Ada perkara yang saya ingin tanyakan

      Delete