Sunday, 12 February 2012



FUNGSI MESIN PEGIMBAS

Mesin pegimbas adalah sangat penting dalam perjalanan pemeriksaan dan pelepasan kastam,inilah yang membuatkan sesetengah penyeludup tidak senang hati apabila barang dagangan mereka ini memasuki ke pemeriksaan mesin pengimbas ini.Sebelum saya menceritakan dengan lebih panjang tentang mesin pegimbas ini terlebih dahulu diceritakan pegawai-pegawai yang bertugas disini.

Mesin ini dikendalikan oleh dua orang pegawai disertai oleh seorang pegawai penyelia atau pegawai kanan,
Sebelum mengendalikan mesin ini pagawai-pegawai pengendali hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital bagi mengetahui tahap kesihatan bagi seorang pengendali.Ini kerana mesin pegimbas ini akan megeluarkan bahan radioaktif yang agak tinggi dan boleh mambahayakan nyawa manusia secara amnya.


Imbasan dipelabuhan biasanya akan dilakukan secara rawak kerana mesin ini tidak berkeupayaan untuk mengimbas kesemua kontena keluar dan masuk dari pelabuhan,elemen kesegeraan juga diperlukan bagi merancakkan lagi import dan eksport dari negara kita oleh itu tidak semua kontena diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan mesin pegimbas ini.Pengguna mesin penimbas juga memudahkan pemeriksaan fizikal malahan pemeriksaan fizikal juga tidak diperlukan jika imej yang ditunjukkan tidak memberikan apa-apa imej yang mencurigakan dan imej itu juga memuaskan hati pegawai yang menjaga mesin pegimbas tersebut.

Sepanjang saya bekerja disini banyak barang- barang yang telah diimbas antaranya adalah besi,barang-barang makanan,pakaian dan sebagainya,saya akan menerangkan jenis-jenis pemeriksaan dan juga barang-barang yang diperiksa di segmen yang akan datang.

Mesin ini bergerak lebih kurang kurang 30 saat bagi mengimbas sebuah kontena sepanjang 40 kaki,ia juga akan berbunyi sebagai tanda amaran supaya tidak sesiapa menghampiri tempat itu ketika mesin pegimbas itu sedang berjalan.

Mesin ini banyak membantu dalm pemeriksaan dan pelepasan lori,ia juga banyak dipasang dipintu-pintu sempadan Singapura-Malaysia,Malaysia-Thailand,di Lapangan Terbang dan juga Pejabat-Pejabat yang mempunyai risiko yang tinggi,walau bagaimanapun mesin pengimbas kontena ini adalah mesin pegimbas yang terbesar untuk dikendalikan berbanding mesin pegimbas- pegimbas yang lain yang hanya mengimbas bagasi-bagasi penumpang sahaja.Walaubagaimanapun mesin ini masih sukar untuk mengenalpasti imej yang paling merbahaya bagi penduduk dunia iaitu dadah. Walaubagaimanapun ia masih boleh dikesan oleh mesin pegimbas ini jika pengendali mesin itu berpenglaman dan mungkin juga pernah mengesan imej sedemikian sebelum ini.





1 comment:

  1. teruskan aktif berblog tentang Kastam. byk ilmu anda dpt curahkan kepada yg minat kerjaya kastam

    ReplyDelete