Thursday 16 February 2012

HARI KASTAM SEDUNIA


Sambutan Hari Kastam Sedunia,sambutan ini akn diadakan dan disambut oleh pihak Jabatan Kastam pada setiap tahun pada 26 Januari 2012.Setiap tahun juga akan diperkenalkan tema yang baru setara dengan kehendak jabatan kastam itu sendiri.Pada hari tu juga pihak jabatan akan memberika perhargaan dan juga penganugerahan kepada para pegawainya yang telah banyak berjasa kepada jabatan terutamanya.
Pada hari itu berbagai pertunjukan dan juga jualan akan dibuat oleh pihak jabtan itu sendiri.
Hari kastam sedunia biasanya akan dimulakan dengan acara perbarisan dan juga nyanyian kebangsaan serta juga dengan kehadiran dif-dif yang terhormat termasuk Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang juga Menteri Kewangan dimana Jabatan Kastam berada dibawah Kementerian tersebut.


Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga telah mencatatkan sejarah pada tahun ini apabila telah berjaya membuat kutipan terbanyak sepanjang tempoh berkhidmat iaitu sebanyak rm30.4 bilion .Selama ini Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia tidak pernah mendapat kutipan tertinggi dan juga tidak pernah memecahkan lagi tembok RM 30 bilion .kutipannnya hanyak berlegar disekitar lebih kurang Rm27-28 bilion sahaja.Sambutan ini dimeriahkan juga dengan persembahan daripada bahagian narkotik iaitu persembahan anjing pengesan,but-but jualan dan juga persembahan bunga api. Persembahan kawat istiadat juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan majlis itu.


Diharap Jabatan Kastam juga akan bertambah baik dan lebih berdaya saing pada tahun 2012 ini dan boleh memberi kutipan cukai lebih tinggi pada tahun ini.Disamping itu juga ia dapat menjana dan merancakkan lagi perniagaan dinegara kita.Perkhidmatan yang cekap juga diperlukan bagi memastikan dana pelaburan asing dapat mengalir masuk kenegara kita.

No comments:

Post a Comment