Friday 24 February 2012

SEJARAH AWAL PENUBUHAN JABATAN KASTAM

Sejarah Awal Pentadbiran Cukai

Sistem pentadbiran cukai sebenarnya telah wujud dinegara ini sejak zaman sebelum kedatangan penjajh barat lagi,iaitu pada zaman kerajaan Melaka dan Kerajaan Johor-Riau.

Pada zaman kerajaan Melayu Melaka telah wujud peraturan-peraturan laut dan pelabuhan serta hal-hal yang berhubung dengan struktur percukaian yang melibatkan saudagar-saudagar asing dan tempatan.Pada masa itu pemungut cukai dan segala yang berhubung dengan cukai adalah dibawah tanggungjawab Penghulu Bendahari yang bertugas.

Jawatan yang bertanggungjawab untuk memungut cukai ialah Shahbandar.Mereka merupakan golongan yang menguatkuasakan peraturan dan undang-undang pelabuhan melalui kuasa yang telah diberikan oleh Raja.







Pembentukan Jabatan Kastam Dan Eksais Persekutuan Tanah Melayu


Dengan tertubuhnya persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948,maka terbentuklah sebuah Jabatan Kastam dan Eksais bagi Seluruh semenanjung Tanah Melayu.Kawasan utama kastam pada masa itu adalah seluruh semenanjung Tanah Melayu kecuali Pulau Pinang.

Ekoran daripada pembentukan Kesatuan Kastam bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1948,maka keperluan untuk meningkatkan prestasi kakitangan jabatan bagi memenuhi keperluan negara yang akan menuju kearah kemerdekaan adalah amat mendesak.Dengan itu pada tahun 1956 sebuah pusat latihan ditubuhkan di Bukit Baru ,Melaka.Pusat yang dikenali sebagai pusat Latihan Kastam Persekutuan ini pada mulanya hanya mampu menampung seramai 40 pelatih pada satu-satu masa.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957,sekali lagi struktur pentadbiran Jabatan Kastam telah disusun semula untuk memenuhi keperluan Tanah Melayu yang merdeka.Pentadbiran Jabatan Kastam diletakkan dibawah Kementerian Kewangan yang diketuai oleh seorang Pengawal Kastam yang bertanggungjawab kepada Kementerian Kewangan.

Jabatan juga daripada segi kawasan telah dibahagikan kepada tiga wilayah,berdasarkan kepada tiga pusat perdagangan yang utama.Bagi wilayah Utara pengkalannnya adalah di Pulau Pinang dan meliputi kawasan Kedah,Perlis,Perak.bagi wilayah tengah pula,pengkalannya adalah di Kuala Lumpur dan kawasannya meliputi Terengganu,Kelantan dan Negeri Sembilan.Akhir sekali ialah Wilayah Selatan yang meliputi Kawasan Johor,Pahang,Melaka dan stesen Kastam Singapura.Tiap-tiap wilayah diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengawal Kastam.





Perkembangan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia

Pada hari selasa,29hb Oktober 1963 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman,Jalan Ampang,Kuala Lumpur,Jabatan Kastam telah dianugerahkan gelaran diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Ini adalah sebagai satu penghormatan kerajaan diatas sumbangan Jabatan terhadap negara.Ia merupakan antara detik paling penting dalam sejarah perkembangan Jabatan Kastam dan eksais Diraja Malaysia.

Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dan Singapura kedalam Persekutuan Malaysia pada 16hb September 1963,maka sekali lagi struktur pentadbiran Jabatan kastam disusun semula untuk membolehkan keseragaman dilakukan.

Pada tahun1964 juga telah menyaksikan semua pegawai kastam yang berkhidmat adalah anak tempatan apabila dua orang pegawai inggeris yang terakhir menamatkan tempoh perkhidmatan mereka.

Walaupun Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak terkandung dalam persekutuan Malaysia,namun masing-masing masih bergerak dibawah ordinan masing-masing dan perintah duti yang berasingan.Ini telah memberi kesan kepada pergerakan barangan diantara sebuah wilayah ke wilayah yang lain.Pergerakan barang tidak dapat dialksanakan dengan mudah disebabkan oleh perbezaan tersebut.Ekoran daripada itu,maka ketiga-tiga pengawal telah bertemu pada pertangahan tahun 1967.

Pada tahun 1987 pula telah diistiharkan perpisah Langkawi daripada kawasan utama Kastam dan menjadikannya sebuah pelabuhan bebas yang kedua di Malaysia selepas Labuan.PenganugerahanTaraf pelabuhan bebas kepada Langkawi mulai 1 januari 1987 adalah bertujuan untuk menggalakkan industri pelancungan di Langkawi dan dengan itu dapat meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk setempat.

Pada tahun 1989 pula maktab telah diperbesarkan dan lebih dikenali sebagai Akademi Kastam Diraja Malaysia atau ringkasnya AKMAL dan bermula pada 1 januari 1990 tercatat satu lagi sejarah perkastaman negara iaitu negeri Perlis diwujudkan sebagai satu pentadbiran Kastam yang baru,sebelum tarikh itu Kastam Perlis diletakkan dibawah pentadbiran Kastam Negeri Kedah dan beribupejabat di Alor Setar Kedah.

Pada tahun 1995,aktiviti-aktivi di Jabatan Kastam disusun dan berpusat di ibupejabat:-


  1. Aktiviti kastam,cukai dalaman dan perkhidmatan teknik diletakkan dibawah program pelaksanaan
  2. Aktiviti pencegahan-dibawah program pencegahan.
  3. Aktiviti pengurusan personal dan pentadbiran,pengurusan kewangan dan perolehan,sitem maklumat pengurusan dan perakaunan hasil dibawah program pengurusan
  4. Aktiviti perancangan korporat dan AKMAL dibawah program perancangan dan pembangunan korporat.




Monday 20 February 2012

PROSEDUR IMPORT DAN EKSPORT


Tempat Import Dan Eksport

Barang-barang dagangan boleh diimport atau dieksport melalui samaada jalan darat atau laut tetapi hanya ditempat-tempat yang dibenarkan oleh Pihak Kastam.

Borang Pengakuan

Semua barang yang diimport atau dieksport sama ada barang itu bercukai atau tidak mestilah diikrarkan didalam borang yang telah ditetapkan oleh pihak Kastam.Borang-borang tersebut hendaklah diikrarkan secara bertulis didalam borang yang telah ditetapkan.Borang Kastam 1 untuk import dan Borang Kastam 2 untuk barangan eksport.(kebanyakan prosedur pengimportan dan pegeksportan pada masa kini banyak dilakukan didalam sistem yang telah dibina oleh Jabatan Kastam. Sistem ini bergantung pada tempat dimana barang dagangan itu diimport atau dieksport dan perlaksanaan di Jabatan Kastam dikawasan yang berlaku proses tersebut).

Borang pengakuan hendaklah diisi dengan lengkap serta mamberikan maklumat yang benar berkaitan dengan perihal bilangan dan keterangan mengenai nilai,berat,ukuran,kuantiti dan jenis-jenis barang.Perlu dinyatakan juga negara tempat asal samada barang itu diimport atau dieksport.Borang kastam yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam dipelabuhan barang-barang itu diimport atau dieksport.







Ejen Kastam

Pengimport-pengimport dan pengeksport-pengeksport dibenarkan melantik mana-mana agen untuk bertindak bagi pihak mereka dangan terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jabatan Kastam atau lebih tepat lagi Ketua Pengarah Kastam bagi kerja-kerja untuk pelepasan daripada pemeriksaan kastam.Permohonan bagi agen-agen yang sah hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam dimana barang-barang dagangan akan diimport atau dieksport.

Cukai Import,Duti Eksport dan Cukai Jualan

Kadar-kadar duti import adalah berbeza megikut jenis barang yang diimport atau dieksport.Semua cukai kastam yang dikenakan atas barang-barang yang diimport hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum barang-barang itu boleh dilepaskan.Semua cukai  keatas barang-barang yang diimpoer kenegara ini adalah terdiri daripada cukai import dan cukai jualan manakala cukai eksport hanya dikenakan keatas barang yang dieksport.Walaupun begitu ada sesetengah barangan yang hanya dikenakan cukai jualan sahaja mankala cukai jualan tidak dikenakan.
Kadar cukai jualan pula yang telah ditetapkan oleh pihak Jabtan Kastam  ada tiga jenis kadar iaitu 5%,10%,15%.Barang-barang yang dikenakan 15% cukai jualan ialah minuman yang berakohol lagi tinggi peratus akoholnya lagi tinggilah cukai yang dikenakan manakala satu lagi dagangan yang dikenakan cukai jualan sedemikian ialah rokok atau tembakau.Bagi barang-barang dagangan lain pula cukai jualannya ialah 5% dan 10%.Tidak banyak barang-barang yang dieksport dikenakan cukai kebanyakan barang-barang yang dikenakan cukai eksport adalah barang-barang kawalan daripada Kerajaan Malaysia.






Thursday 16 February 2012

HARI KASTAM SEDUNIA


Sambutan Hari Kastam Sedunia,sambutan ini akn diadakan dan disambut oleh pihak Jabatan Kastam pada setiap tahun pada 26 Januari 2012.Setiap tahun juga akan diperkenalkan tema yang baru setara dengan kehendak jabatan kastam itu sendiri.Pada hari tu juga pihak jabatan akan memberika perhargaan dan juga penganugerahan kepada para pegawainya yang telah banyak berjasa kepada jabatan terutamanya.
Pada hari itu berbagai pertunjukan dan juga jualan akan dibuat oleh pihak jabtan itu sendiri.
Hari kastam sedunia biasanya akan dimulakan dengan acara perbarisan dan juga nyanyian kebangsaan serta juga dengan kehadiran dif-dif yang terhormat termasuk Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang juga Menteri Kewangan dimana Jabatan Kastam berada dibawah Kementerian tersebut.


Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga telah mencatatkan sejarah pada tahun ini apabila telah berjaya membuat kutipan terbanyak sepanjang tempoh berkhidmat iaitu sebanyak rm30.4 bilion .Selama ini Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia tidak pernah mendapat kutipan tertinggi dan juga tidak pernah memecahkan lagi tembok RM 30 bilion .kutipannnya hanyak berlegar disekitar lebih kurang Rm27-28 bilion sahaja.Sambutan ini dimeriahkan juga dengan persembahan daripada bahagian narkotik iaitu persembahan anjing pengesan,but-but jualan dan juga persembahan bunga api. Persembahan kawat istiadat juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan majlis itu.


Diharap Jabatan Kastam juga akan bertambah baik dan lebih berdaya saing pada tahun 2012 ini dan boleh memberi kutipan cukai lebih tinggi pada tahun ini.Disamping itu juga ia dapat menjana dan merancakkan lagi perniagaan dinegara kita.Perkhidmatan yang cekap juga diperlukan bagi memastikan dana pelaburan asing dapat mengalir masuk kenegara kita.

Sunday 12 February 2012



FUNGSI MESIN PEGIMBAS

Mesin pegimbas adalah sangat penting dalam perjalanan pemeriksaan dan pelepasan kastam,inilah yang membuatkan sesetengah penyeludup tidak senang hati apabila barang dagangan mereka ini memasuki ke pemeriksaan mesin pengimbas ini.Sebelum saya menceritakan dengan lebih panjang tentang mesin pegimbas ini terlebih dahulu diceritakan pegawai-pegawai yang bertugas disini.

Mesin ini dikendalikan oleh dua orang pegawai disertai oleh seorang pegawai penyelia atau pegawai kanan,
Sebelum mengendalikan mesin ini pagawai-pegawai pengendali hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital bagi mengetahui tahap kesihatan bagi seorang pengendali.Ini kerana mesin pegimbas ini akan megeluarkan bahan radioaktif yang agak tinggi dan boleh mambahayakan nyawa manusia secara amnya.


Imbasan dipelabuhan biasanya akan dilakukan secara rawak kerana mesin ini tidak berkeupayaan untuk mengimbas kesemua kontena keluar dan masuk dari pelabuhan,elemen kesegeraan juga diperlukan bagi merancakkan lagi import dan eksport dari negara kita oleh itu tidak semua kontena diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan mesin pegimbas ini.Pengguna mesin penimbas juga memudahkan pemeriksaan fizikal malahan pemeriksaan fizikal juga tidak diperlukan jika imej yang ditunjukkan tidak memberikan apa-apa imej yang mencurigakan dan imej itu juga memuaskan hati pegawai yang menjaga mesin pegimbas tersebut.

Sepanjang saya bekerja disini banyak barang- barang yang telah diimbas antaranya adalah besi,barang-barang makanan,pakaian dan sebagainya,saya akan menerangkan jenis-jenis pemeriksaan dan juga barang-barang yang diperiksa di segmen yang akan datang.

Mesin ini bergerak lebih kurang kurang 30 saat bagi mengimbas sebuah kontena sepanjang 40 kaki,ia juga akan berbunyi sebagai tanda amaran supaya tidak sesiapa menghampiri tempat itu ketika mesin pegimbas itu sedang berjalan.

Mesin ini banyak membantu dalm pemeriksaan dan pelepasan lori,ia juga banyak dipasang dipintu-pintu sempadan Singapura-Malaysia,Malaysia-Thailand,di Lapangan Terbang dan juga Pejabat-Pejabat yang mempunyai risiko yang tinggi,walau bagaimanapun mesin pengimbas kontena ini adalah mesin pegimbas yang terbesar untuk dikendalikan berbanding mesin pegimbas- pegimbas yang lain yang hanya mengimbas bagasi-bagasi penumpang sahaja.Walaubagaimanapun mesin ini masih sukar untuk mengenalpasti imej yang paling merbahaya bagi penduduk dunia iaitu dadah. Walaubagaimanapun ia masih boleh dikesan oleh mesin pegimbas ini jika pengendali mesin itu berpenglaman dan mungkin juga pernah mengesan imej sedemikian sebelum ini.





Saturday 11 February 2012

pemeriksaan kontena

PEMERIKSAAN KONTENA


Prosedur pemeriksaan ini sememangnya biasa dilakukan ditempat kerja saya,Ia dilakukan berdasakan arahan daripada pegawai kanan dan berpandukan kepada arahan yang diberikan.Biasanya ia dilakukan dengan tempoh yang seminima mungkin lebih kurang 10minit ker 20 minit anggaran,pemeriksaan ini akan dilakukan setelah imbasan sesuatu kotena telah dilakukan bagi mengetahui imej sesuatu barang yang dibawa oleh pengimport atau pengeksport.Pemeriksaa ini akan dilakukan apabila segala prosedur pengimportan dan peneksportan ini ditahap permulaan iaitu apabila apabila sesuatu kotena ini baru sampai tau baru sampai ditempat pemeriksaan kastam.
Sebelum pemeriksaan dilakukan bagi sesebuah kontena itu hendaklah dipastikan bahawa sil bagi sesebuah kontena itu belum pecah lagi,jika sudah pecah sebelum pemeriksaan dijalankan maka pemeriksaan itu tidak bermakna kerana barang-barang akan mengalami berbagai kemungkinan antara sebab utama barang itu tidak boleh diperiksa selepas sil sesebuah kontena itu dipecahkan ialah kekurangan items atau barang yang berada didalam kontena itu.Semasa memecah sil dilakukan ia hendaklah disaksikan oleh seorang pegawai kastam dan seorang wakil penghantaran atau syarikat untuk melihat prosedur tersebut.Pemeriksaan juga hanya akan dilakukan atas arahan pegawai kanan yang bertugas,pemeriksaan ini juga tidak boleh dilakukan diluar kawasan kastam dan hanya dilakukan atas arahan pegawai kanan atau kontena ini disyaki membawa yang terlarang.